Salam,
Kita dah sering baca/dengar/disyorkan dengan pelbagai tips, petua segala macam demi untuk kesihatan dan kecantikkan diri.
Tapi gua tertunggu jugak petua hilangkan kentut berbau. Selama ni hanya dengar fasal hilangkan ketiak berbau, mulut/napas berbau, kaki berbau. Takde sapa nak bereksperimen dengan kentut ke? Ada orang kata telan perfume, ada sapa penah cuba? Gua mahu bukti konkrit.
Kalau untuk mulut berbau misalnya, macam-macam cara boleh digunapakai. Minum teh hijau katanya, atau nak lagi pantas dan segera, beli je spray mulut, pssstt psssttt harummmm.
Bagaimana pulak dengan kentut? Haruskah dicipta spray sedemekian rupa untuk lubang dubur? Ok sudah. Yang ampa pegi bayangkan buatapa, gua tulis je. kofkofkof.
Bagi gua masalah kentut berbau lagi parah dari mulut berbau. kalau mulut berbau takpa, boleh tutup mulut. Tapi kalau kentut? Tutup tahan dengan tangan pun dia boleh terlepassss. Itu belum part pegang buntut dikhalayak ramai lagi untuk tahan kentut. Kalau tangan tutup mulut takpa, comel. Tapi kalau tangan pekup buntut, come on..
Maka dengan itu. Gua syorkan ditubuhkan satu kumpulan terpelajar untuk menganalisis kentut ini secara mendalam dan jitu. Apa yang gua tahu kentut adalah gas yang berbau seperti tahi. Gua juga nak syorkan supaya diadakan 'booth kentut' ala-ala tandas dibina di tempat awam supaya orang dapat masuk untuk kentut, seterusnya elak pencemaran udara.
Idea ini terbit bilamana gua dalam lif yang padat dengan muatan manusia dari G floor nak ke tingkat 25 bangunan KOMTAR. Tetengah dalam linkungan tingkat 2, seorang Anon telah melepaskan gas beliau secara senyap, silent killer bomb!
Noharooommmhhh, bau jamban! Bayangkan, bayangkan penderitaan yang gua tanggung untuk capai tingkat 25. Gua cuba cari muka-muka yang nampak bersalah tapi hampa, semua sibuk pekup hidung dan tak syak lagi si pengkentut pun turut pekup hidung seniri bagi mengelak jadi saspek utama kes.
Tutup idung dengan shawl yang berperfume pun masih menusuk lagi bau kentutnya, memang power, bleargh. Sesampai ke destinasi.. Hmmppfffff! gua sedut oksigen bersih dan segar sepenuhnya, baru gua tahu nikmat udara bersih, sobss.
Kentut boleh membawak maut, ingatlah orang tersayang. Kentut jugakboleh membawak kepada ketagihan seperti blog Rasukan Kentut Gua.