Nostalgia: Tradisi Ramadhan Yang Semakin Dilupakan

Salam,

Aku rasa kalau budak kampung atau budak yang berasal dari kampung mesti tahu satu tradisi bila tibanya bulan Ramadhan iaitu menghantar juadah masakan ke rumah jiran tetangga. Budak bandar dan pekan pun pernah jugak rasa pengalaman tu, tapi tak banyak lah kot.


Actually, saat-saat ini selalu aku nanti-nantikan. Rasa seronok dapat memberi sesuatu kepada seseorang. Rupanya penyakit ni melarat sampai ke tua. Rasa happy lain macam bila boleh bagi something kat orang, patutlah Santa Clause selalu happy hohohoho.

Tapi sekarang, jangan kata bandar, kat kampung pun dah tak berapa nak wujud lagi tradisi ni. Mungkin faktor sibuk, selfish, atau faktor ekonomi yang tak membolehkan orang kampung untuk masak lebih? Atau adakah orang sekarang self-esteem rendah, takut masak tak sedap utnutk diberi kat jiran? (Nak nak pulak jiran mulut neraka jahanam, kahkah!)

Sekarang ni, walaupun rumah berkongsi dinding dengan jiran kiri dan kanan, berbumbungkan lantai jiran, berlantaikan bumbung jiran, ada yang masih tak kenal jiran. Jauh sekali lah nak menghantar makanan bagai, huhuhu. Tak macam dulu, aku kena ikut short-cut redah semak, lalu dekat paya (sempat jugaklah usha anak-anak ikan) untuk ke rumah jiran-jiran. Tapi still rasa bahagia hidup bermasyarakat.


Mungkin jugak faktor teknologi menyebabkan tradisi ni makin diancam kepupusan. Masyarakat sekarang masih mempunyai rasa untuk berkongsi juadah berbuka, tapi kongsi di Instagram, Facebook dan media sosial yang sama waktu dengannya je lah. Pendek kata, jemput tengok dan terliur sahaja ye chuolls, Kahkahkah!



Now you know why i love karipap 

Seminggu Berpuasa

Salam,

Kejap betul dan lebih seminggu kita berpuasa. Agaknya dah berapa tan kita bazirkan makanan setakat harini? Mueheheh.

Apa yang gua lalui selama seminggu ni?
Statement bajet artis suam-suam kuku betul.

Sebenarnya gua cedok idea #InkRamadan dari #ComicCoreClub dimana peserta perlu lukis apa yang diorang buat sesuai dengan tajuk yang diberi selama 30 hari.
Tak tak, gua tak join. Sebab:
1. Gua bukan pelukis komik; dan
2. Memang taklah gua nak istikomah melukis tiap hari selama sebulan;

Jadi, gua hanya lukis secara suka-suka ke dalam buku Life Note (lawan kepada Death Note). Buku tu tebal baqhang entah bila nak habis. At least dengan lukis selama 30 hari ni luak lah jugak 30 mukasurat, Kakakakakass.

Gua tadak idea untuk entri so.. layan jelah!









Hangpa agak bakal ada keseinambungan tak untuk hari yang ke-lapan dan seterusnya?
Kalau hangpa readers sejati blog ni, mesti hangpa tahu kesudahannya macamana... hahahahahah.



Belum  ber'date' lagi, err maksud gua belum berkurma 

Selamat Berpuasa Dan Bertarawih!


Salam,

Alhamdulillah, kita bakal memasuki bulan yang paling mulia dalam Islam: Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan, bulan yang dilimpahi rahmat Allah, bulan di mana setiap pahala digandakan, bulan di mana doa-doa diterima..



Bulan di mana bila tidur pun dapat pahala..





Tapi... agak-agak lah beb.



Si syaitonirojim akan dirantai selama kita di bulan Ramadhan.
Tapi ingat, segala tugasan telah diserahkan kepada side-kicknya iaitu nafsu.
Jangan underestimate kuasa nafsu sebab dia mampu membuatkan kita pulak yang jadi syaiton.

Gua dengan ini mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan tanpa rasa keterpaksaan.
Kepada yang bekerja: Jangan curi tulang. Puasa bukan alasan untuk menurunkan prestasi kerja.
Ayuh buktikan kepada non-muslim bahawa puasa bukan satu beban!
Kepada yang belajar: Jangan malas dan skip kelas/tutorial. Di bulan yang barakah ini lah perlu melipat gandakan usaha mencari ilmu.

Kepada makcik/pakcik/akak/abiang yang berniaga di bazar, sila lah berniaga dengan ikhlas dan berhemah. Gua harap anda semua memperolehi rezeki yang berkat.
Sila lah masak sedap-sedap. Kalau anda sendiri pun tak terjamah apa yang anda jual, apatah lagi kami yang membeli.
(Kan best kalau peniaga yang masak tak sedap pun dirantai sepanjang Ramadhan, huahahahah!)

"Makcik, bagi karipap dua ringgit"
"Nak inti apa dik?"
"Inti angin.."

Gua SANGAT SUKA karipap, so please jangan lah menipu gua yang daif dan naif ini, sobsob.
Peniaga murtabak, sila jangan buang masa bertanya pelanggan mahukan inti daging/ayam jika komposisi murtabak anda hanya terdiri daripada 9% tepung 75% bawang dan 16% telur.
Tolong jangan bagi harapan palsu.

Thats all folks.
Semoga puasa kita berjalan lancar,
Semoga lu tak tersarapan di kedai mamak pada pagi 1 Ramadhan.


Semasa zaman jahiliyah dulu gua selalu sebut Ramadhan al-Murtabak 

Atasi Jerawat Secara Psaikologi

Yo!

Satu perkara yang hangpa perlu tahu tentang zeraroks: beliau tak reti serik.

Walau teruk direjam dengan makian gara-gara entri Selesaikan masalah Jerawat Untuk Selama-lamanya, beliau masih nak bagi satu idea/tips berkenaan jerawat lagi.




Okey gais. Jerawat ni memang masalah utama kaum yang memiliki kulit berminyak
Tapi jangan la gundah-gulana, setiap yang buruk pasti ada baiknya.
Kulit berminyak ni dalam pada masa yang sama buat kulit jadi awet muda.
Tak caya? Tengok gua, dah tua kerepot pun orang ingat masih budak sekolah. Ngahahahahh!
(Okey fine, lebih kepada tubuh genit gua sebenarnya =.=)

Gua faham ramai yang dah guna produk kimia, guna petua tradisi tapi still tak jalan.
So why not hempa try cara psaikologi pulak?

Begini,

Ada satu hari pada bulan lepas, tangan gua merayap ke muka time tengah melayari internet.
Gua terperasan satu benjol kecik yang merupakan jerawat di pipi kiri.
Sebab waktu tu memang hormon tengah tak menentu dengan dasyatnya.
Sebelah kiri halilintar sabung-menyabung, sebelah kanan pelangi senja dengan burung berkicauan.

Selalunya gua akan rasa sedikit gundah.
Jerawat ni datangnya cepat, peginya lambat, dah tu tinggalkan kesan parut yang lama.
Dan gua dah lama lost faith dengan sebarang produk.
Pernah satu masa gua gunakan satu produk, Oxford (bukan nama sebenar)
Semakin gua sapukan ke jerawat, makin keras dan besar jerawat tersebut
and I'm like: ini ubat hapus jerawat ke baja jerawat paling unggul?
Lebih bullshit dari entri gua yang di atas.

Maka, gua tekadkan dalam hati: "Why bother? Why bother?"

Dua tiga hari kemudian gua absent-mindedly garu-garu pipi kiri
Tiba-tiba gua teringat, eh, bukan ke sepatutnya kat sini ada jerawat?
Tapi tak ada. nothing. nada. kaput.
Amazing.
Sebab kalau dirasa dari 'putik' jerawat haritu, ada potensi nak jadi jerawat besar dan sakit.
Tapi ia dah berlalu pergi tanpa kesan!

Gua rasa serupa ada super power pulak boleh hilangkan jerawat, mejik.


Jadi,
Dapatlah disimpulkan di sini bahawa:
-Jerawat itu seperti tetamu tak diundang, kalau kita tak layan dia akan blah dengan sendiri
-Jerawat itu seperti attention-seekers, kalau tak dapat perhatian dia akan berlalu pergi
-Jerawat itu seperti anak manja, akan merajuk pergi bila tak dapat apa yang dihajati

Jadi, jangan dilayan sangat kerenah jerawat.
- Jangan kelam kabut cari cermin bila rasa ada jerawat
- Jangan gopoh-gapah pergi farmasi terdekat cari ubat jerawat
- Jangan bukak Google dan taip 'tips mengatasi jerawat'
- Jangan membelek/usap/pegang/sentuh jerawat setiap hari, bimbang jerawat salah faham itu sebagai tanda kasih, lantas dia akan terus bertapa di muka.


Trust me bebeh, ini bukan kali pertama.
Kalau pertama kali terjadi, memang gua takkan kongsi kat sini.
Tapi dah banyak kali. Agak banyak kali jugaklah untuk ditafsirkan sebagai coincidences.

Tapi, setiap homosapien itu berbeza.
Mungkin cara psaikologi ni berkesan untuk gua.
Mungkin ignorance-mode gua berjaya menenangkan perubahan hormon yang sedang rancak berkonflik.
Mungkin.

Yang bestnya cara ini tak perlukan sebarang effort.
Tak perlu blender timun
Tak perlu tempel bawang putih
Tak perlu cari jintan manis, kulit kayu manis, mangga harum manis
Tak perlu keluar belanja beli krim jerawat

In fact, tak perlu buat apa-apa!
So, kalau tak nak cuba jugak disebabkan malas, gua sarankan lu pergi mati je.
Ahaks.
 

Legasi Mat Jenin

Yo!

3 Jun 2015.
Kalau ada diari dah tentu gua highlight tarikh ni terang-terang.
Hm, sebagai manusia yang tak menulis diari, gua tulis kat diari bacaan awam ini je lah, kehkehkeh.

Harini gua balik dari kerja dengan sedikit lamunan dan anganan yang lebih hebat dari biasa.
Gua tengah berkira-kira nak makan apa untuk dinner:
Burger? Nasi tomato? Nasi kandaq? Tomyam? Pizza?
Gua jugak berangan tentang hal-hal sulit yang lain.
Di samping fikirkan kerja apa yang patut gua buat dulu awal pagi esok.

Tiba-tiba Hitz.fm memutarkan lagu I'm Yours dendangan Jason Mraz.
Pergh, lama tak layan lagu ni baqhang.
Gua pun turut ikut menyanyi dengan Jason.


Hik hik hik.. sekali sekala syok jugak layan lagu slow ni.
Eh jap, apa hal gua rasa lain macam je ni?
Lalu gua pun menoleh ke kiri dan kanan..



Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahhhhhhh!!!
Empat tahun. Empat tahun gua berulang-alik laluan yang sama.
Tiba-tiba harini boleh pulak tersalah masuk lane Jambatan Pulau Pinang.
Kalau gua seorang ahli politik, gua mungkin akan salahkan Jason Mraz atau Hitz.fm atau perut gua ataupun PLUS sebab sapa suruh mereka buat lane ke bridge dekat dengan lane ke rumah gua?

Tapi memandangkan gua adalah Zyra, gua pilih untuk salahkan diri sendiri sebab tak fokus.
Sebenarnya kalau ikut exit USM cuma 5 minit je lagi untuk sampai ke rumah.
Tapi sebab hilang fokus gua terpaksa naik bridge dan menghadap traffic-jam yang terhebat di Penang
Anehnya gua tak rasa nak marah atau sepak diri sendiri.
Gua hanya tergelak sorang-sorang sambil on kan MP3 dari thumbdrive.
Bukak volume kuat-kuat sambil ikut menyanyi.


Rasa serupa seorang manusia yang hilang pedoman pun ada.
Yelah, sebab buat kerja yang sia-sia.
Mengadap kesesakkan untuk keluar dari pulau, dan kemudian buat pusingan U dan masuk semula ke pulau, dan hadap pulak kesesakkan di sebelah sana.
Betul lah kata Jay Jay: "Berangan tak salah, asalkan tahu bertempat"

Buang masa
Buang petrol
Buang duit tol

And yes Mat Jenin, I learnt your lesson today, the hard way. 
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape