Rakyat Malaysia dan ‘Common Sense’


Hey semua,

This few weeks aku agak busy re-arrange susun atur bilik, kemas-kemas bilik (tunjuk rajin konon), tu yang agak lama tak berupdate entri baru sebab laptop pun kadang cari tak jumpa akibat timbunan barang (alasan).
Di kesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan bagi mereka yang menyambutnya.
Eh, tetiba je aku rasa nak bercakap fasal sikap msyarakat Malaysia ni, tak kira lah kau kaum apa pun.
Berapa ramai dari kita yang berangan-angan atau pun acah-acah mempunyai the sixth-sense
Bukan kumpulan pemuzik tempatan tapi deria rasa yang ke-enam.
Tapi bagi aku, takpayah lah engkau nak berderia rasa ke-enam bagai kalau kau tak ada satu sense ini yang lagi penting dari sixth sense: COMMON SENSE.
Rakyat Malaysia harini macam kurang sangat elemen common sense ni.
Sampai satu tahap aku rasa manusia yang ada common sense ni serupa ada super power pulak. Rare.
Oh, lupa pulak. Pengertian common sense ni dalam konteks entri aku: Melakukan sesuatu yang sepatutnya tanpa perlu disuruh/diminta (amboi Zyra dulu BM kau dapat apa?)

Merokok kat tempat awam serupa naga. Sebab takde sign ‘Dilarang Merokok’(kalau ada sign pun kau merokok jugak). Kat tempat awam tu ada 13 orang termasuk dia. Dalam 13 orang tu mungkin ada 2 orang je yang suka sedut asap rokok, yang selebihnya benci nak mampos. Aku belum pernah dengar lagi orang mati sebab tak hisap rokok sehari. Itulah kalau common sense langsung takde tapi selfish melimpah-ruah.

Sama jugak di depan pintu lif, pintu LRT dan yang seangkatan dengannya. Kalau kita ada common sense, orang yang dekat luar akan tunggu orang yang kat dalam habis keluar dulu. Ini tak, berebut-rebut nak masuk dulu serupa kambing kena hujan, sudahnya benda yang sepatutnya ambik masa sekejap menjadi lama sebab sesak. Sistem beratur dan tunggu giliran ni bagi mereka hanyalah pada zaman tadika je kot. 

Serupa jugak time membeli belah di pasar raya, pasar malam, pasar ramadhan. Tempat sesak, lorong pulak sempit, tang tu jugak lah depa nak berjumpa sahabat lama lah, kekasih lama lah and then bersembang kat tengah-tengah jalan tanpa mempedulikan orang lain yang guna laluan yang sama. Lagi parah kalau kat pasaraya. Aisles pasaraya tu besar mana sangat, tambah dua tiga orang yang berenti bersembang, tambah pulak dengan shopping cart depa, Aku tak kisah kau nak sembang kencang, tapi cubalah duduk kat tepi dan jangan menghalang laluan orang lain. Ha bersembang lah kau orang sampai kiamat.

Ini foto dari Instagram zyraroxx
tak sangka, guna kamera henfon cikai pun orang tanya photoshoot kat studio ke?
Boleh tahan jugak skill fotografi aku, Kahkahkah!


Merdeka kali ni harapan aku satu je: Supaya rakyat Malaysia dijajah oleh common sense sehingga ke akhir hayat. 

Free Gift Fever

Hey,
miss me

Nak tanya, penah tak engkorang membeli sesuatu barang disebabkan oleh free giftnya?
Selain harga psychology, si kapitalis jugak ada idea lain untuk tarik perhatian: free gift.
Walaupun gua ambik course business dan psychology, dan tahu ini isemua trick, gua tetap terpedaya.
Awwaaa.. saian ta kuadd..

Tetengah bulan ni gua dalam keadaan tight budget. Sangat ketat.
Lebih ketat dari legging makcik Indon. 
Sebab gua ada bebelanja sakan pada awal bulan lalu dan si Shiro pulak mintak 'dimanjakan'.

Sabtu lepas gua ke mall dengan niat nak cuci mata, end up dengan wallet sekali kena 'cuci', huhu.
Gua ke Watson's untuk buang masa tetapi berakhir dengan wang yang terbuang, again, huhuhu.



Beli barangan Maybelline RM40 keatas (termasuk memana jenis compact powder)
boleh dapat keychain limited edition yang comel.
Gua bukan sekadar "maybe its Maybelline" tapi gua memang "born with it"
Gah gah!


Gua tertarik sebab ada free gift charm bracelet ala-ala Pandora.
Oh, the charms are collectibles
Buang lebih banyak duit, lebih banyak charmsnya.
Produk diatas berharga RM18.80 after less


Yang ni gua tak tahu apa yang merasuk fikiran gua untuk membeli.
Maybe gua tengah haus.
Atau maybe terpengaruh dengan kandungan Vit C yang berjumlah 1,200 mg.
Atau sebab ia datang bersama free gift dalam bentuk slush drink.
Atau kesemua yang dia atas.
Oh, harga setin minuman made in Korea ini adalah RM6.00


Maka dengan ini, gua mengisytiharkan tight budget seketat-ketat nuts and bolts kepada dompet. 
(sambung korek tabung ayam)


Kapitalisma ini membunuhku 

Lagu Angkat Mood

Hey guys,

Entri kali ni mesra scrolling sikit, bertabahlah.







Hall of Fame (The Script ft. Will.I.Am)


Gua rasa tak siapa kosser nak baca lepas tengok gambar.
Tapi gua kosser jugaklah menaip untuk menjustifikasikan perkara di atas.

Gua percaya setiap orang ada lagu mereka sendiri.
Time happy, time sedih, time down, time boring, time nak makan.
Lagu di atas bukan dari genre rock/metal tapi gua suka.
Sebab lagu tu mejadi peniup semangat saat perasaan gua berada sangat low, the lowest low. lebih low dari markas The Ninja Turtles.

Dari susunan liriknya, komposis muziknya malahan music videonya jugak sangat memberi inspirasi dan tak jemu gua dengar.
Selain dengar time down, gua jugak suka dengar time tengah work out (setahun sekali. Kot.).
Contohnya kalau lu dengar time jogging, dari 3 kilometer, boleh jadi 15 kilometer perginya. 
No sweat. Eh, no kidding, bhahah.

Selain lagu di atas, terdapat beberapa lagu lagi yang menjadi pengangkat mood seperti 'Its My Life' (Bon Jovi) dan 'Superheroes' (again, The Script).

Dan sudah tentu, lelagu yang berlabel 'Parental Advisory'.
Muahahaha! sangat therapeutic.

Nak tahu apa yang lebih therapeutic
Tafsir Al-Quran.

Jadi, apa seleksi lagu kegemaran hangpa ketika down? 




Lepas ni mohon releks sat. Maybe blog bakal bersawang sebab gua sedang busy to get a life. Dan sedang sibuk hiris lemon 

Ketawa Tak Semestinya Bersama

Salam gays,
LOL

Pernah tak terjadi pada hangpa semua di mana perkara tak lawak bagi orang lain adalah lawak bagi hangpa? Dan vice versa.

Gua selalu jadi lagu ni. Bila gua muka ketat, orang asyik komplen.
Bila gua tersengih, tersenyum sengsorang, orang kata gua buang tebiat lah, kurang siuman lah. Hangpa nak kaki ke menda?

Perkara ni selalu terjadi sebab gua suka tergelak pada benda-benda biasa bagi orang lain.
Orang kampung gua cakap: mundane things.
Contohnya macam ternampak kucing bersin, manusia yang teragak-agak untuk melintas jalan, burung yang kena tinggal jauh dengan gengnya..
Yup, gua boleh tergelak kalau tengok benda-benda cenggini.
Sila jangan judge gua atau lebih malang, cop gua sebagai gila.

Ada satu malam tu abang gua pasang rakaman Lawak Keder episod mana ntah.
Sepanjang pelawak-pelawak 'professional' tu melawak, takdak satu pun gua gelak.
Hanya mampu lap air mata je sebab menguap tanpa henti.



Tiba giliran Harith Iskander, gua rasa nak give up. Hello? Sedangkan pelawak lain pun gua tak boleh nak gelak?
Ternyata gua silap seribu kali silap.
Lepastu minit-minit gua diisi dengan lap air mata jugak.
Kali ni air mata yang terbit sebab gelak overdose.

Sepupu sedara gua di belakang senyap krikk krikk
Entah kan diorang tak gelak sebab lawak tu berbahasa Inggeris, atau punch line si Harith begitu tinggi untuk digapai.
Yang pasti gua gelak kaw-kaw serupa manusia yang hilang pedoman hidup pada malam tu.



Atau adakah, ekhem, ini bermakan gua suka lawak yang educated? Lawak yang ada pengisian.
Berbanding lawak slapstik yang try too hard, atau bahasa mudahnya lawak bodoh.
Lawak yang terlalu dibuat-buat untuk membuat orang gelak.
Contoh: Lawak menghina, Ehhh... ekau ni muke dah lah buruk, busuk pulak tuh!
Seriously, apa yang kelakarnya? Gua tak faham dengan manusia yang ketawa dengan lawak begini.
explication s'il vous plaƮt?


Hahahahahahahaha..ha. 
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape