Zyraroxx Dalam Buasir Otak the Komik!

Hey guys,

Harini aku tak nak mukadimah pepanjang. Dengan nafas persis lembu jantan Mexico, aku nak bagitau korang bahawa komik aku sudah diterbitkan!



Okay, agak perasan secara melampau di situ, gahgah! Sebenarnya projek komik bawah tanah ni aku usahakan bersama-sama 32 orang pelukis komik indie/blogger yang lain atas inisiatif pemilik blog Buasir Otak, sapa lagi kalau bukan Prince of Noob (tepuk tepuk). Thanks Noob sebab memberi peluang untuk komik picisan aku diterbitkan. Kali terakhir karya aku diterbitkan adalah dalam majalah sekolah dulu, hahaha..

Oh ya, komik ini turut dimeriahkan dengan kehadiran geng blogger yang aku rasa tak asing lagi bagi pembaca blog aku iaitu Aujinz (Lanun Ranggi), cEro, Amna Shark, Plain83 dan of course, Prince of Noob in a Patrick suit, hahaha. Kalau baca blog mereka pun dah best, apatah lagi komik mereka yang eksklusif dan belum pernah diterbitkan di blog. Lagipun, bila lagi nak tengok lukisan aku versi komik kan?


Klik SINI untuk details kedua-dua buah komik


Aku nak kabo awal-awal yang aku ni bukanlah pelukis jauh sekali seorang kartunis, tapi kadang-kala aku suka mengekspresikan fikiran aku melalui lukisan. Melukis komik digital dengan hanya menggunakan mouse laptop agak mencabar kesabaran tapi aku sangat berpuas hati walaupun karakter komik aku kelihatan kaku dan keras (pedulik!). Sebenarnya waktu Noob offer dulu, aku ingat kena buat satu page je, rupanya sepuluh, terus merecik peluh jantan dan betina, hahaha!

Cakap banyak tak guna, apa kata korang beli je komik kolaborasi yang sangat terhad ini sekarang. Diulang suara: stok adalah terhad. Korang juga boleh dapatkan Komik Buasir Otak volume pertama (triple terhad) untuk melengkapkan trilogi Buasir Otak the Komik dekat rak buku korang. Kalau dah habis nanti jangan datang merengek dekat aku atau nak pinjam komik aku sebab aku takkan layan, hahahaha (melainkan kau hensem). 


 Pakej buku RELOADED dan REVOLUTION
= RM30 (satu RM15 sahaja)


Untuk membeli hantarkan emel kepada:
princeofnoob[at]gmail[dot]com

Atau PM di Facebook Prince of Noob:

Tapi kalau kau rasa memalu kucing nak berhubung dengan Noob secara terus, kau boleh hubungi aku malalui Facebook Zyraroxx Inc. so aku boleh jadi medium perantaraan, hahahah. Nanti kejap, aku ada satu berita baik untuk blogger: Aku nak kasi dua buah komik di atas secara PERCUMA kepada dua orang blogger yang bertuah! (dapat sorang satu je). Zaman sekarang bukan senang nak dapat barang baik secara percuma der.. 

Cara-cara
1- Follow blog ini.
2- Buat satu entri bertajuk "ZyraRoxx's Mini Giveaway: Buasir Otak the Komik"
3- Tinggalkan link entry di ruangan komen kat bawah.
3- Copy and paste banner di bawah ke dalam entri:


Terma & Syarat (aku tau korang tak pernah baca tapi yang ini tolong baca!)
1- Terbuka kepada blogger yang tinggal di Malaysia sahaja.
2- Merupakan follower blog ini (jangan ingat aku tak tahu!).
3- Pemilihan pemenang 100% terletak di tangan aku tanpa prejudis, sebarang surat ugutan tidak akan dilayan.
4- Pemilihan pemenang adalah berdasarkan entri yang paling menarik menurut firasat aku.
5- Kalau aku dapat detect sebarang tipu helah dan penipuan, faham-faham sendiri lah natijahnya.
6- Hadiah (komik) tidak boleh ditukar dengan wang ringgit atau ditukar dengan aku atau apa-apa sahaja.
7- Blogger yang terlibat dalam penghasilan komik diharamkan dari turut serta (tolong promote dialu-alukan, hiks).
8- Tarikh tutup penyertaan: Rabu| 02 Disember 2015 |11.59 P.M. (jam aku).

Akhir kata dari aku: sokonglah industri komik tempatan (cliche nya, hahaha), selamat maju jaya dan selamat membuasirkan otak!

***UPDATED***


- Kini terbuka kepada seluruh warganegara yang tinggal di Malaysia!
- Tarikh tutup penyertaan dicepatkan ke Rabu| 02 Disember 2015 |11.59 P.M. (jam aku)


Jangan cakap kakak tak payung! 

Zyraroxx Sebelum Masihi: 'PaipBesi'

Hi,

Semalam aku terminum air Pepsi. Mind you imbuhan 'ter' yang menujukkan aku tak sengaja. Kahkah!
Sebenarnya aku dah lama tak ambik minuman bergas, strive for a healthy lifestyle konon.
Jadi apa motif aku bagitau aku minum Pepsi? Hek eleh Pepsi je pun, bukan kopi hipster berharga RM35 secawan.

Sebenarnya setiap kali aku minum Pepsi, akan ada satu nostalgia yang datang bersama minuman ringan tersebut...

(Flashback ke zaman 90an)

Aku dalam darjah tiga. Kelas pulak terletak bersebelahan dengan kantin sekolah. Di antara kawasan kelas dan kawasan kantin, terdapat sebaris paip air tegak tanpa sinki untuk bebudak membasuh tangan secara berjemaah.

Hari tu kalau tak salah aku hari Rabu dan ada slot Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) pada pagi nya. Selesai berfoya-foya di padang, kami pun kembali ke kelas untuk salin baju dan bersedia untuk memulakan sesi akademik. Masing-masing meneguk botol air sebelum berlalu ke tandas untuk salin baju. Manakala pelajar lelaki yang tak membawa botol air ke sekolah: "Weh, jom pekena PaipBesi (sebutan ala Pepsi)."  

Mana lagi sumber 'Pepsi' diorang kalau bukan sebaris paip besi di kantin. Waktu tu tak timbul isu sakit perut muntah darah sebab minum air mentah. Mungkin sebab perut memasing dah kebal dan imun, hahaha. Sebelum nak bergerak salin baju, seorang kawan bermurah hati offer aku air 'Pepsi' dan aku dengan bermaruahnya tolak pelawaan beliau. Selesai salin baju aku tengok ada botol Pepsi kosong di atas meja kawan aku tu.

(Pepsi tu memang dah habis, yang hitam tu buntut botol, hahah)


Aku: Wey awat hang tak tinggai kat aku sikit?!
Dia: Aku tanya tadi hang kata tak mau??
Aku: Awat hang tak cakap Pepsi?
Dia: Aku dah cakaaaap, hang nak dak ayaq Pepsi?
Aku: ....

Ini semua salah bebudak lelaki tu lah. PaipBesi.. PaipBesi... sampai telinga aku pun dah tak tahu beza PaipBesi dan Pepsi. Rugi betul tak dapat minum Pepsi secara percuma, saty peluang yang sangat jarang berlaku, haha.


(Kembali ke zaman sekarang)

Kelakar. Dulu masa duit poket sekadar cukup makan, aku asyik teringin nak minum minuman ringan. Sekarang dah ada duit sendiri, tak terasa pulak nak minum sampai kembung.


Tak reti beza Pepsi dan Coke 

Lebih Baik Gagal dari Cemerlang?

Hi,

Hari ini keputusan UPSR telah diumumkan. Resah-gelisah para ibubapa terjawab sudah. Alhamdulillah, nephew dan niece (bukan kembar) aku berjaya dengan cemerlang dengan memasing menggondol 5A (lap air mata). Sebagai Ucu yang hanya mampu dapat 2A 3B, aku bangga tiap kali ada anak buah yang berjaya dapat 5A.

Tapi aku rasa sedikit kecewa dengan netizen yang sembang kencang macam:

"Tak guna kejar A dalam belajar, A sana, A sini tapi skill kemahiran entah di mana-mana. Masuk Universiti pulak sibuk kejar pointer. Dapat 4.0 pun akhirnya menggangur jugak. Tengok pelajar yang gagal, bukak bisnes sendiri. Sekarang dah ada banglo, kereta menjalar. Yang jadi mekanik pun apa kurangnya, berjaya jugak walau tak masuk Universiti!"

Aku faham kalau tulisan begitu ditujukan buat pelajar yang gagal. Sebagai menyedapkan hati mereka, memotivasikan mereka supaya berusaha untuk berjaya walau tak mampu untuk cemerlang dalam akademik.

Tapi aku tak setuju bila kau seolah-olah merendahkan pelajar yang berhempas-pulas untuk mendapat A! Mesej kau seolah-olah: "Tak payah belajar teruk-teruk, kalau gagal pun nanti berjaya jugak!". Kalau ada pelajar yang mula malas belajar sebab status sampah ni macamana? Dari puluhan ribu pelajar yang gagal akademik, peratusan yang hidup berjaya bila dewasa amatlah menyedihkan. Bukan semua rajin berusaha atau pandai mencari alternatif.

Yes, I know, Steve Jobs pun gagal, dropped out of college. Bill Gates pun, tapi masih berjaya, lebih berjaya dari kawan-kawan yang cemerlang. Tapi satu perkara kau perlu faham, berapa orang anak muda kita yang ada visi dan misi macam Steve Jobs atau Bill Gates? Berapa orang yang sanggup bermula dari bawah? Berhentilah berangan untuk berjaya kalau takde kelayakan, tapi demand kerja bagus, anggap kerja buruh hanya untuk warga asing, tak mahu bersusah payah dulu.


Dan aku juga faham, akademik bukanlah segala-galanya dalam dunia pekerjaan zaman sekarang. Tapi jangan terus menidakkan kepentingan akademik dalam pasaran kerja. Hampir semua profesion seperti jurutera, doktor, guru, arkitek, peguam memerlukan kelayakan akademik. Melainkan kau nak import peguam dari luar negara? Atau doktor dari luar negara? Lepastu bila kos perubatan meningkat kau menyalak. Itulah kerja manusia mentaliti macam ni, menyalak dan terus menyalak, yak yak yak.

Fikirlah guna akal yang waras. 


To my beloved Haziq and 'Afaf, keep being awesome! 

Back with a Bang!

Dear reader(s),

First of all,
I'M BACK!


Ceh, bajet macam menghilangkan diri selama dua belas tahun je.


Terdapat beberapa sebab untuk aku kembali menghantui:-

1- Di samping membaca, aku jugak suka menulis. Dan aku bukan jenis yang giving-up perkara yang aku suka hanya kerana orang lain tak berapa nak suka.


Ilustrasi untuk entri azam tahun baru 2015
(berbezanya lukisan aku, wakaka)

2- Mencapai azam tahun baru 2015. Mentang-mentang dah nak masuk tahun 2016, terus lupa resolusi 2015 yang lalu. Maklumlah, Melayu kan mudah lupa. Nampak macam senang tapi susah nak capai. Tahap susahnya serupa dengan orang yang pasang azam nak kurus. Seriously


3- Kalau aku berhenti, aku tak berlaku adil kepada pembaca yang suka dengan penulisan aku. Dalam 10 orang pembaca, ada 3 orang beri respon positif, maknanya masih ada yang betul-betul baca dan faham apa yang aku cuba nak sampaikan.

4- Blog is the best medium to express myself. Aku boleh je taip panjang-panjang di Facebook. But, you know Facebook, rata-rata penggunanya suka meroyan tanpa sebab yang munasabah. Twitter? Terhad kepada beberapa patah perkataan je, dah macam nak isi cogankata. Instagram? Maaf, hingga ke hari ini aku treat IG sebagai sebuah album gambar dan bukannya entri blog. Aku pun tak pernah baca caption panjang berjela yang langsung tiada kaitan dengan gambar.

5- Aku takde kerja nak buat di masa senggang. Kahkah!


Aku dah tak kisah sama ada apa yang aku tulis sampai atau tidak kepada pembaca sebab:

As a writer, I am responsible for what I write, NOT for what you understand. 

Jadi, aku kembali berpegang kepada tagline blog ni: Read at your own risk! 




Healed 

Gagal

Hai,

Seorang blogger dikira cemerlang andai kata pembaca faham apa yang disampaikan olehnya.
Aku dikira dalam golongan yang gagal.

Aku gagal apabila aku tulis mengenai A orang ingat mengenai K.
Aku gagal apabila aku bergurau tapi orang ingat aku serius.
Aku gagal buat pembaca faham.

Aku tak salahkan sesiapa melainkan diri sendiri:
Mungkin cara penulisan aku ni teruk; atau
Cara penyampaian aku yang salah; atau
Aku terlalu perasan; atau
Kesemua yang di atas; atau
I'm just simply sucks.


 Maaf, segala kesulitan amat dikesali 

Bye Bye Rocktober

Heyy,

Berlalu lah sudah bulan Oktober bersama tragedi Oktober dan festival Rocktober nya. Entah kenapa aku suka betul dengan bulan yang kesepuluh ini. Bukan sebab rock semata-mata tapi aku macam suka nombor 10.

Oktober 2015 ni bagi aku sedikit spesial sebab banyak betul free goodies yang aku dapat, muahahahah! Thanks guys, you rawks!


Bawal Aidijuma Green Label

Tahun ni tak semena-mena kakak menjadi di antara pemenang hadiah utama giveaway yang dianjurkan oleh Anies yang merupakan sehelai tudung bawal Aidijuma Green Label. Bertambah koleksi Aidijuma kakak sekarang, thanks Anies. Love it!

scary pulak muka kakak tanpa mekap

Keychain & Fridge Magnet

Tuah terus menyebelahi kakak bila sekali lagi menang tempat kedua dalam giveaway yang dikendalikan oleh Plain83. Giveaway yang tersangat sempoi dan comel. Takyah buat entri pekebende, cari perbezaan dalam gambar then tulis je kat ruangan komen. Kau hado? Cemburu betul abang posmen dengan kakak yang asik dapat bungkusan aje!


LaSenza

Si LaSenza ni baru je berjinak dengan Instagram kateko. Lalu mereka pun buat promosi dekat Facebook. Follow IG diorang, then pergi tunjuk dekat salesperson di butik LaSenza terdekat lalu terus dapat one piece cenggitu aje. Kakak taknak tunjuk apa dalam beg. Muktamad. Yang pasti kakak happy gilos. 


The Body Shop

Kakak baru tahu wujudnya kedai The Body Shop versi online ni ha. Ketinggalan keretapi betul kakak. Tahu pun sebab tetiba dapat voucher RM6. Kakak tak tahu nak beli apa, kakak hentam ajelah beli bath lily RM5.95 after 70% less (kakak kecewa depa bagi kaler pink). Lepastu dapat free gift body puree perisa strawberry. Lazat betul baunya. Rasa macam nak makan diri sendiri, huahahaha. Nasib baik dia tulis 'unfit for consumption', kalau tak dah lama kakak picit ke dalam mulut. Oh, lepastu pulak ada promo lagi free delivery. Jadi kakak takyah bayar pape. Berbulu aje abang posmen tengok kakak. 



Bhahahah geli pulak bila bahasakan diri 'kakak' ni, dah serupa Amran dengan Rani Kulup. Well guys, tu je yang aku nak show-off dekat engkorang. Dalam keadaan ekonomi yang semakin merosot ni, dapat pemberian secara percuma itu amat membahagiakan. Thanks again dekat Anies dan Plain83!


Kalau tetiap bulan begini, terasa dunia hai ana yang empunya 
 
Copyright©ZyraRoxx Inc.
2012-2015 All Rights Reserved
Protected by Copyscape