Hi,
Untuk pengetahuan korang aku telah di tag oleh
Hanie untuk menjawab 10 soalan. Walaupun dah berzaman kena
tag, baru harini aku jawab, huhu maaf sebab perasan sibuk. Memula aku rasa tak nak jawab, tapi aku bukan jenis manusia yang suka mengabaikan soalan.
Thanks ye sebab
tag. Terharu betul bila berada dalam ingatan seseorang, hiks.
Cakap banyak tak guna, aku lampirkan kat sini soalan 10 soalan beserta jawapan:-
1) Apa nama awak?
Nama saya Zyra. Atas faktor keselamatan dan privasi saya tak boleh nak bagi nama betul seperti yang tertera di dalam surat beranak. Kecuali kalau awak nak lafazkan depan tok kadi nanti, eh.
2) Apa penyebab awak sertai dunia blog?
Sebab nak rosakkan hari-hari orang dengan entri saya, muahahaha! Takde lah, sebab kita sebagai manusia perlu keluarkan apa yang kita rasa dari sistem badan, tak elok simpan buat pekasam. Saya rasa blog lah medium yang paling sesuai untuk itu, haha. Di samping nak berkongsi pendapat dengan khalayak.
3) Masa bila awak luangkan waktu untuk berblog?
Masa malam. Sebab siang sibuk mencari nafkah zahir. Pernah cuba buat entri pada waktu siang, tapi tak boleh, jadi blurred dan hilang arah tujuan di depan skrin laptop. Agaknya sebab dah terbiasa dengan suasana malam bertemankan bunyik cengkerik.
4) Suka makan apa?
Oh my god soalan ni susah macam algebra, hahaha. Sebagai seorang manusia yang kuat makan, saya suka makan semua jenis makanan yang halal kecuali itik, ikan sungai dan belut. Kadang bila makan western food, rasa masakan kampung lah yang paling sedap. Bila makan masakan kampung, tetiba rasa sushi pulak sedap, hahaha. Tapi ada satu sajian yang saya paling suka di kampung: Nasi putih + Sambal belacan buah kuinin + ikan kembung fresh digoreng = perghhhh!!! AKJHAJKSHGDJDWRGWY
5) Apa pendapat awak tentang blog saya?
Err.. saya tak padai bab memberi pendapat ni sebab selalu pendapat saya lari dari persoalan pokok, hahaha. Tapi saya cuba ye. Blog awak kemas, tak serabut dan cepat load, please keep it that way tak payah nak letak widget bling-bling dan widget yang tak diperlukan dalam blog, hehe. Cuma itulah, header awak simple sangat sampai saya rasa nak conteng, je, wahahahaha! Gurau je :p
6) Apa movie latest yang awak dah tengok setakat ini?
Inside Out dengan anak-anak saudara. Punyalah ignorance nya seorang Zyra sampaikan bila my nephew suggest cerita tu dalam whatsapp, saya ingat itu cerita seram, hahahah! Kami berlima menonton midnight movie di the Curve. Beginilah contoh seorang ibu saudara yan ideal, kehkeh. Filem ni bagi saya not bad lah memandangkan takde sorang pun anak sedara yang tertido. Bapak lama tak tengok movie, huhu. Takpe, simpan untuk tahun 2016 sebab banyak movie best!
7) Apa gadget pilihan hati awak? Kenapa?
Tak pasti gadget ni merujuk kepada yang dah ada atau belum ada. Takpelah saya jawab gadget idaman yang belum ada lah, hehe. Saya idamkan nak beli MacBook Pro dan drawing tablet. MacBook sebab nak ganti laptop purba ni yang dah selalu semput. Drawing tablet of course lah untuk saya melukis dengan penuh bergaya tanpa perlu terkial-kial guna mouse.
8) Beli kereta dulu ke atau rumah?
Memandangkan dah ada kereta so jawapannya kereta dulu lah, hehehehe. Jangan tiru aksi ini, sebaiknya beli rumah dulu, itu satu pelaburan. Biarlah bersusah-payah naik pengangkutan awam asal dapat bersenang-lenang di dalam rumah sendiri, eceh,
9) Impian yang pernah tercapai dan belum tercapai awak apa ya?
Suatu masa dulu di bawah sinar matahari yang terik memancar dan disertakan dengan angin monsun yang berbahang panas, seorang gadis gigih mengayuh basikal di tengah-tengah kawasan sawah padi. Basikalnya enggan bergerak walau pedal ditekan kuat akibat tekanan angin yang jauh lebih kuat. Saat itu, dia kuatkan gengaman handle dan memasang impian: Satu hari nanti dia akan berjaya memasuki universiti dan memiliki kenderaan sendiri yang boleh melindunginya dari hujan panas dan angin.
Alhamdulillah impian tu dah tercapai. Impian yang belum tercapai: Selesaikan bayaran balik pinjaman pendidikan dan pinjaman bank.
10) Hobi terhebat awak apa ye? ^_^
Wow, terhebat ye? Saya ada hobi baru iaitu menjahit felt doll yang saya rasa hebat, kot, hahaha. Nantikan kemunculan update saya mengenai hobi terbaru saya itu di zyraroxx.blogspot.com! (Amboi retisnya statement).
Seronok pulak main jawab-jawab soalan ni. Aku dulu penah jugak jawab soalan dalam
Liebster Award yang telah di tag oleh
Namy. Tapi dulu aku kurang matang jadi korang jangan lah gelak kalau baca, huhu.
Akhir kata, thanks kepada blogger yang tag zyraroxx dengan ingatan tulus ikhlas, hehehe. Aku ada rasa nak senaraikan 10 soalan untuk blogger lain jawab. Tapi disebabkan aku takut kecewa soalan-soalan aku bakal dijawab dengan bunyi cengkerik, maka aku matikan hasrat tersebut. Lagipun aku bukan manusia yang suka bertanya (seret bagasi). Ciao Malaysia.
Selamat menikmati cuti panjang Zyra!