Hey guys.
Semua yang kenal aku memang dah sedia maklum hobi utama dalam hidup aku adalah membaca. Namun begitu, baru-baru ni aku telah menceburi hobi baru iaitu menjahit (mak mertua sila take note).
Tapi aku mempunyai satu masalah bila berhobi. Aku tengok orang lain berhobi dengan penuh leisurely, tapi aku take it seriously. Sangat serious aku kira. Mana taknya, kalau datang mood nak menjahit felt-doll, aku akan bertungkus-lumus siapkan dalam masa sehari. Takkan buat kerja lain selagi tak siap. Jadi nampak tak betapa hobi ni jadi satu beban?
Bukan soal menjahit yang merungsikan fikiran tapi soal nak design template doll. Sebagai seorang amatur, ingat aku main gunting je felt tu sesuka hati nurani? Nak kena buat template kepala, badan, mata, tangan, accessories etc. dulu sebelum menggunting and it is so tiresome and time-consuming.
Hobby is supposed to make us feel happy and stress-free. Tapi hobi yang satu ini is killing me softly. Rasa terbeban dan definitely out of fun. Gawd, I'm too old for multi-hobbies. Mana nak membaca (of course, reading is my first priority), nak melukis, nak menjahit, nak tidur, nak mengelamun, phew!
Anyway, masa single macamni lah nak berhobi-hobian pun. Masa kahwin hobinya lain pulak, theehehehehee *kekening
Layankan je lah hasil 'keras tangan' seketul Zyra dengan gambar besar gedabak supaya korang puassszah:-
Cubaan pertama haruslah OC ZyraRoxx, kohkohkoh. Felt warna baby-blue tu habis dekat kedai online jadi aku pergi cari dekat Daiso. Yang saiz besar takde, ada saiz kecik besar sapu tangan je. Balik rumah tengok felt yang berperekat kat belakang lah pulak. Siksanya nak menjahit dengan gam-gam tu semua terus rambut jadi tah pape. Sapa cakap tak comel ayah dia biru!
Cobaan kedua haruslah pulak cik abiang Optimus Prime. Nampak tak warna-warna kami seakan sama, itu namanya jodoh (kejadah?). Aku tak puas hati, aku design supaya jadik comel tapi hasilnya macam OP pakai two-pieces, cit.
Seterusnya cik abing pujaan hatiku dulu kini dan selamanya. Sayang lebih sikit kat Batman sebab dia manusia, OP tu robot, mana ada perasaan (sebenarnya sebab Batman kaya dan kacak, kbai).
Ini cobaan yang paling gagal. Benci pulak aku tengok. Sebab biru dia terang sangat kot. Ah aku malas nak order felt kaler biru cair semata-mata untuk si Sadness ni. Tapi aku rasa sebab over-stuffed. Kamon lah Zyra just mengaku jelah kau tak berbakat. Fin.
Okay, family portrait!
Harry Potter ni dah batch lain. Hasil kerja tangan dua ke tiga bulan kemudian. Mood nak menjahit pun dah suam-suam kuku sebelum hilang terus dimamah mentari.
Thats all folks. And now I decided to lay down my thread and needle for another thousand years but first I'm praying for a strength to sew a little Deadpool felt-doll. Sebab felt warna merah hitam ada banyak lagi tapi argh malasnya nak buat template!
Dulu aku pernah bersungguh-sungguh nak jadikan doodling sebagai hobi. Beli buku kosong, beli pen yang sesuai, beli sketch-book, beli pen colorful. At the end berjaya dapat like 12 pages? Sekarang aku perhatikan pulak sewing box full of threads, tiny scissors, needles and whats-not. Hm, nampak gayanya hanya hobi membaca yang berjaya dan sehati dengan jiwa. I am born to be a leader reader!
Korang ada hobi? Apakata share dekat ruangan komen?
Hot hot chicken sh**